Followers

Saturday 4 February 2012

Devil That Not Really Wears Prada






Jangan risau dengan kualiti diri yang dimiliki. Tidak perlu rasa rendah diri bila melihat orang lain lebih hebat. Kita sendiri juga hebat, dengan cara kita sendiri. Saya tidak menilai anda hanya dari satu sudut. Selagi anda memegang nilai-nilai kemanusiaan dalam diri anda, itulah kehebatan anda. Yang penting, jaga hati kerana di situlah bermulanya siapa diri anda. Assalamualaikum dan selamat pagi :-) 

p/s: saya bukan dari kalangan Devil Wears Prada...
*pepagi lagi dah keluar ayat belia aku..hewww~~~



Bangun-bangun je pagi tadi terus teringat conversation dengan my fren semalam. Terus saya buka FB dan update status seperti kat atas ni. Saya dah agak, lambat-laun hal ini akan disebut juga. 

Bukan pertama kali saya menghadapi situasi ini. Inilah yang membuat saya risau. Saya tau, semakin lama mereka mengenali saya, mereka mula rasa sesuatu. Lebih tepat lagi, mereka risau kalau kalau saya tidak dapat menerima kekurangan mereka. 

Kekurangan? Saya sendiri pun banyak kekurangan. Namun itu bukan alasan untuk saya merasa rendah diri. Dalam sesetengah hal, saya ada kelebihan. Fikiran yang begitu buatkan saya rasa yakin dan selesa untuk berdampingan dengan sesiapa sahaja. 

Pada saya, andai orang itu memang ikhlas berkawan, dia akan terima kekurangan kita tanpa rasa riak dengan kelebihan yang dia ada.

Sebenarnya, saya teringin berada di dalam ‘kasut’ mereka. Dan melihat diri saya sendiri dari sudut pandang mereka. Bagaimana personaliti saya yang mereka nampak sehinggakan boleh menimbulkan rasa tidak yakin dengan penerimaan saya terhadap kekurangan itu. 

Lemas sebenarnya bila berdepan dengan orang yang tetiba rasa rendah diri ni. Tapi sampai sekarang saya tidak ada jalan penyelesaian. Akibatnya, relationship yang asalnya ok dah jadi tak ok. Hanya kerana dia rasa dia tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.


Closet Writer: Devil that not really wears Prada...




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

7 comments:

  1. setuju. kalau berterusan merendah diri susah jugak.. setiap org ade kelebihan kan? dgn itu lah kita dptkan yakinkan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. nice entry .. tapi bagi koin agak menjengkelkan apabila berkawan dengan orang yang suka angkay bakul sendiri ..

    follow my blog

    ReplyDelete
  3. org yg terllu mrndh dri tu bgi sy org yg xder kykinan..n xbleh mmimpin

    sambut Maulidur Rasul sana sini tapi bila Valentine Day berkepit dengan pakwemakwe sana sini..apekebende?
    http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/sambut-maulidur-rasul-tapi-sambut.html

    ReplyDelete
  4. betul tu.
    kekadang tu nak jugak duk dalam kasut mereka.
    macam mana dorang pandang kita..

    Salam Maulidur Rasul :)

    ReplyDelete
  5. selagi kita ingat cinta kita pada Allah.. pasti tiada bezanya antara kita.. yg beza hanyalah iman dan amal.. Salam Maulidur Rasul.. =)

    ReplyDelete
  6. everybody have their own reason kan! perhaps org yg xada self confident ni ada sejarah dia juga :)

    BTW ^.^

    Feel free to visit our shop. We are selling bags below RM 50. This is serious :) Do come

    http://thepuffyclouds.blogspot.com

    or find us on FB : The Puffy Clouds

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...