Followers

Tuesday, 1 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 April 2012-6 Mei 2012 #2



Sepatutnya entri ni keluar semalam. Tapi dah namanya pun MALAS, tak boleh nak buat apa lah kannn... Time takde blog sibuk nak menulis. Time dah ada blog, malasnya ya rabbi.. Sibuk berjalan ke blog orang, blog sendiri takde ape-ape. *sigh*

Okey,okey. Balik pada tajuk. Selain booth PTS, saya singgah ke booth Fixi. Fixi sekali dengan Lejen. Tapi yang buat saya menyesal sangat-sangat tu bila tak bawak semua buku-buku fixi untuk diautograf. Sebab fikir karang berat nak bawak pulak. Kalau ada orang tolong takpelah jugak kan.. Booth Fixi memang best. Penulis-penulisnya awesome! Seronok tengok gelagat dorang. 

Terujanya bila nampak buku-buku dekat rak situ. Maklumlah, ada di antara buku-bukunya dijual secara online. Saya tak perasan yang saya dah terambil banyak buku-buku tu. Tapi kan, terpaksa letak balik sebab ada diantaranya takde diskaun ataupun diskaunnya sikit je. Saya kan bajet cukup-cukup je, ingat tak? Takpe, takpe. Saya akan dapatkan yang lain lepas lepas ni. So, jom kita tengok gambar kat bawah ni...


Ini sahaja yang mampu saya beli selepas saya letak balik 6 buah buku yang lain. KOPI tu antara punca kenapa saya ubah rancangan asal saya ke pesta buku. Takut habis stok you! Novel DOSA adalah novel terjemahan dari Indonesia-yang pertama untuk Fixi ye. LICIK-novel pertama Fixi yang combine 2 penulis. Okey, seterusnya, nampak tak SITORA HARIMAU JADIAN-P RAMLEE? Dikatakan ia adalah satu-satunya filem arahan Tan Sri P Ramlee yang hilang. Novelnya pula diterbitkan pada tahun 1965. Sekarang Fixi terbitkan kembali di bawah label Fixi Retro. Saya sekali lagi mencuba untuk baca karya Ridhwan Saidi-MAUTOPIA walaupun saya masih belum 'masuk' dengan penulisan beliau. Mungkin kali ini saya perlu membaca sambil berfikir :)


Dia ni penulis novel KELABU, Nadia Khan. Cantik orangnya. Mujur saya sempat ambil gambar sebab tak lama lepas tu dia balik. Haisss... kenapalah saya tak bawak buku dia. Sila baca review KELABU tu di sini.


Bersama penulis Licik, Julie Anne. Dia ni orang kampung saya, tahu?



Namanya Nuril Basri, penulis Dosa. First time tengok nama dulu ingatkan perempuan. Dia adalah penulis novel Indonesia ye dan novel Dosa tu belum dikeluarkan di Indonesia lagi. Tajuk asal ialah Bukan Perjaka.



Kat hujung sebelah kiri tu penulis Bisik, Syaihan Shafiq. Datang sempoi je, pakai selipar (saya perasan ramai jugak dorang yang pakai selipar). Nasib baik booth ni havoc dengan suara penulis-penulisnya. Kalau tidak, saya ingat dia just salah seorang pengunjung kat situ :)


Lepas je dari booth Fixi, barulah saya berjalan booth lain. Nasib baik bawak beg. Kalau tak, dah tentu berbirat tangan bawak buku banyak-banyak. Cuma kali ni saya betul betul terkilan kerana novel Ramlee Awang Mursheed-Sunan Musafir terpaksa ditangguhkan pelancarannya. Frust beb!



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday, 29 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 April 2012-6 Mei 2012 #1



Sebenarnya saya tak rancang pun nak pergi pesta buku di PWTC tu hari ini. Kalau boleh saya nak pergi dengan Si Tukun Negara. Tetapi memandangkan dia pun seperti tak pasti boleh pergi ke tidak, maka saya anggap saya akan pergi sendiri. Pesta buku tu lama lagi sebenarnya. Minggu depan baru habis. Jadi, saya rancang nak pergi last day nanti. Harap-harap dapat lagi banyak diskaun. Manalah tau kannn...

Tapi saya ni memang orang yang tak boleh nak tunggu-tunggu lama. Lagi-lagi kawan-kawan FB asyik update pasal buku they all beli. Sangat jeles uols!!! So apa lagi bersiap-siap dan terus pergi. 

Kali ni saya nekad tak nak belanja lebih. Just beli buku yang memang nak beli. Bajet 1/3 dari tahun lepas. So, saya tinggalkan semua kad termasuk kad ATM. Duit hanya cukup-cukup buat tambang pergi balik, makan dan 2 3 buah buku sahaja (ehem!). By hook or by crook, saya perlu dapatkan diskaun. Kalau tidak, saya akan berjalan kaki balik rumah dengan perut lapar!

Mula-mula saya ke booth PTS (wajib ouls!). Dekat situ cadangnya saya nak beli buku 11 Patriot- Andrea hirata sahaja. Lagi sekali, saya bukanlah orang yang boleh lama-lama di PTS. Sedar tak sedar dah 7 buah buku di tangan. Alamak! Terlebih sudahhh... Seperti biasa, saya dengan muka tak malunya menagih ihsan student-student tumpang bayar guna pas pelajar. 25% diskaun tau? Itu yang saya nak. Jadi, saya ni memang tak malu.



Okey, siri Jimi itu dari penulis blog conteng conteng. Memang suka bukak blog tu tengok apa yang dia contengkan. Di Mana Terangnya Bulan dah lama saya carik kat kedai. Bila nampak je terus ambik dan mintak autograf penulisnya. Siapa lagi kalau bukan Tuan Bahruddin Bekri. Sebelas Patriot tu novel terbaru Andrea Hirata. FYI, semua buku PTS sesuai di baca oleh semua peringkat umur ye kawan-kawan. Jadi, saya ada novel kanak-kanak dan juga remaja. Heee... :)


Okey okey.. Ni saya nak cerita. Bila sampai booth PTS, saya perasan seorang staff dia macam orang yang saya tahu, tapi tak pasti. Takut silap orang. Sebab dalam FB nampak lain. Tengok live lagilah lain. Sila  lihat gambar di bawah. Errr..cam kertas ujian la pulok!



Inilah orang yang saya teragak-agak nak tegur tadi. Tuan Bahruddin Bekri



Orait, penulisnya tengah sain buku,okey. So dah complete buku beliau dalam simpanan saya..




Saya rasa ada lagi penulis yang berbaju oren tapi saya tak kenal. Mungkin dia orang patut pakai tag nama :). Okay, gambar yang bawah ni pun mahal tau. Bukan gambar tu yang mahal, orangnya yang mahal. Hehe..



Safee Sali pun ada buku dengan PTS tau.


Cukuplah dulu. Esok saya update untuk FIXI pulak. Pesta Buku memang sentiasa buat saya teruja. Dan yang pasti esok HOD saya terpaksa dengar saya bercerita tanpa henti. Maklumlah, cerita best. Sapa yang tak suka cerita dak? Okey, selamat malam.





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday, 14 April 2012

Silap



Saya pernah buat silap. Bukan. Saya selalu buat silap. Kerana saya manusia lemah. Tetapi itu bukan alasan untuk saya sengaja berbuat silap kerana bagi saya, saya ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Dan semestinya membuat silap adalah perkara yang paling saya elak sekiranya saya mahu menjadi yang terbaik.

Baru-baru ini, berlaku sesuatu. Saya tidak tahu kalau-kalau itu juga dikategorikan sebagai kesilapan. Dalam banyak-banyak perkara di dunia, menjaga hati orang sebaik mungkin adalah yang paling sukar untuk saya, kerana di situlah paling kerap saya buat silap. Tapi percayalah, tidak pernah saya ada niat untuk menyakiti hati orang tersayang. Nama pun sayang... Tapi, itulah yang berlaku.

Saya tahu dia tersinggung dengan bicara saya. Demi Tuhan, itu bukan niat saya. Namun, penerimaan orang tidak sama. Bagi saya itu hanyalah bicara biasa tapi bukan pada orang lain. Nama pun manusia, hati tidak sama. Kecil atau besar perkara itu, bukan  lagi menjadi hal. Kerana sudah ada yang berasa hati.

Saya hanya mampu meminta maaf. Apa lagi yang harus saya katakan? Jujurnya, saya ingin orang memaafkan dan melupakan kesilapan saya. Itu mustahil, dan hakikat itu meninggalkan rasa pedih dalam hati. Hati terkilan kerana disalah erti.

Dan sekarang, dalam hati saya hanya ada satu perkara. Maaf, maaf, maaf. Saya harap itu memadai untuk menunjukkan betapa kesalnya saya. Mungkin selepas ini keadaan tidak lagi sama, walaupun saya mengharapkan yang sebaliknya.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday, 13 April 2012

Novel BISIK - Fixi



Sepatutnya, entri ni saya buat beberapa hari lepas. Dek kerana keletihan dan otak pun tepu, saya lebih rela memeluk bantal dari kembali mengadap pc. Cukuplah di ofis! 

Baru sekarang berkesempatan. Itupun sebab tengah layan hati yang sedih (baru perasan, bila sedih idea saya untuk menulis tetiba muncul *sigh*). Nampaknya, lepas ini saya perlu ulang baca HIDUP PENUH CINTA – selalu baca buku ini bila sedih..tak tau kenapa.

Jom, kita terus ke isi entri. Sebenarnya ia tidak boleh dipanggil review. Saya tidak tahu untuk review. Saya hanya ingin berkongsi novel BISIK. Apa yang membuat saya sukakan BISIK? Bila baca sinopsisnya, bagi saya, ia hanyalah novel seram biasa. Rumah berhantu, ada bisikan-bisikan, housemate yang weird, tak tahan diganggu lalu akhirnya Mikael gila (tabiat susah nak kikis-baca ending dulu). 

Ditambah lagi dengan kaver berwarna hitam, bergambar kucing serta tulisan BISIK yang merah. Agak mistik. Ya, kucing itu membuat saya banyak kali membelek kaver BISIK. Namun, jangkaan saya meleset sama sekali. BISIK lebih dari itu! Boleh saya katakan yang BISIK adalah salah satu novel psyco-thriller versi melayu yang saya suka sangat (Tolong jangan bandingkan dengan penulis novel thriller no 1 Malaysia ya. Tidak adil).

Okey, cerita bermula di kedai 7-11. Masa tu Mikael mencari-cari iklan rumah sewa dan terjumpa satu iklan yang sudah lama terlekat di papan iklan 7-11. Wah, macam saja-saja nak bagi Mikael terjumpa iklan tu kan kan kan... Sebenarnya Mikael terdesak untuk pindah rumah setelah housematenya, Amran mati terjatuh dari balkoni. 

Apa yang berlaku selepas itu membuat saya terleka membaca dari satu bab ke satu bab. Habis mencair Frappucino saya. Huh! Maka, motif saya berubah dari ingin habiskan membaca seperti biasa kepada ingin tahu apa masalah Mikael dan siapa sebenarnya Nazzman serta kaitan kedua-duanya. Malah saya ingin tahu siapa pencerita kedua dalam novel ni. Okey, kalau itu boleh dipanggil keterujaan tanpa henti.

Syaihan Syafiq berjaya menyuntik unsur-unsur psychosis. Tidak dapat saya bayangkan di akhir cerita bagaimana Mikael sedaya upaya mempertahankan diri dari dicederakan ‘Nazzman’. Sungguh psyco!! Dan saya mula imbas kembali apa yang dilakukan oleh Mikael selama dia menghadapi masalah hilang ingatan, berkomunikasi dengan Nazzman, pembunuhan demi pembunuhan dan ketika sesi bersms (yang baca BISIK mesti faham maksud saya). Pendek kata, sebenarnya saya ingin tahu siapa Nazzman.

Lagi satu, kenapa gambar kucing dijadikan kaver novel ini? Sebabnya, itulah pengerak kepada siapa Mikael sekarang. Sayangnya, saya kurang jelas apa punca Mikael mengalami masalah jiwa (selain menjalani kehidupan yang kurang kasih sayang, saya tidak nampak sebab lain. Mungkin saya terlepas pandang).

Pengakhiran cerita, agak kurang ‘menyengat’. Sorry. Selepas apa yang berlaku, saya mengharapkan sesuatu yang lebih ‘tragis’. Mungkin ada yang tidak setuju. Its ok. Citarasa masing-masing.

Well, itu saja yang saya ingin kongsikan. Actually, banyak lagi tapi rasanya better uols baca sendiri. Memang tidak rugi. Tapi, yang tidak suka cerita ngeri, bacalah novel terbaru Ahadiat Akashah – Untuk 3 Hari. Sure tangkap leleh kaannnss...





Prolog

“Lepas ni kau kutip bende tu, balut elok-elok lepas tu kau campak kat tong sampah belakang tu. Buat cam tak ada apa-apa.”

“Habis mayat tu?”

“Ada gergaji?”

Geleng.

“Kapak?”

Geleng.

“Kena pergi TESCO lah kalau macam ni.”



So, masih nak baca? Come on, go ahead! Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday, 23 March 2012

Dari Hati Kecil 1



Malam ini otak saya masih kosong seperti malam-malam sebelumnya. 


Orang kata menulis biar dari hati. Bukannya dipaksa. 


Nampaknya post di Facebook saya akan kekal seperti semalam.



  • Fuh...fuh...meniup niup habuk di blog sambil tangan membersihkan sesawang yang mula terbentuk. Apa yang saya hendak tulis? Semakin lama semakin merepek. Begitu juga dengan FB saya. Kebejatan idea tahap kronik. Semua yang dibaca tidak dapat diluahkan semula. Begitu juga dengan apa yang ada dalam hati. Tersimpan kejap dan semakin mengecut kemudian hilang sama sekali. Apa sudah berlaku kepada saya. Seseorang, tolong beritahu saya. Dan kepada En Tukun Negara yang pedas mulutnya, beri saya sesuatu untuk saya tulis.
     ·  · Semalam pada pukul 8.33 ptg berhampiran Kuala Lumpur


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Wednesday, 14 March 2012

Wordless Wednesday...

Sabarlah duhai hati...


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday, 13 March 2012

Mengharap...


Hari ni entri pendek sahaja. Very quick entri, okey? Taknak buang masa you all hari ni.


Well, selalu kita berada di dalam situasi lain yang diharap lain yang dapat. Selalu kan? Kita pun pujuklah hati yang mula merajuk, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Namun adakalanya hati berbisik, adakah yang kita dapat itu sebenarnya pula adalah ujian untuk kita? Ujian untuk menguji sejauh mana kita bergantung harap pada Tuhan? Supaya kita menjadi lebih kuat dan tidak putus asa. Berharap agar apa yang menjadi harapan kita selama ini akan menjadi kenyataan. Berharap dengan berdoa kepada-Nya. Adakah begitu sebenarnya? Banyak pula soalan saya.

- Angan angan itu impian, Impian itu cita-cita, cita-cita itu harapan dan harapan itu doa. Firman Allah, “ berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan”-



Closet Writer: berharap dapat jumpa ‘dia’ tapi orang lain pula beria-ia nak jumpa...*sigh*

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sunday, 11 March 2012

Mee Udang Mak Jah-Dari Kuala Sepetang ke Kuala Lumpur



Kalau minggu lepas saya pergi buat foot reflexology, minggu ni pulak saya pergi makan di Restoran Mak Jah. The best mee udang in town!! Dan..dan..sudah tentu di Wangsa Maju lagi..haha! Memang marvelous. Memang yummy. Memang slurrrppp.. Sebelum ni saya hanya dengar cerita. Akhirnya saya berpeluang merasa sendiri kelazatan mee udang tersebut (setelah lama menyimpan hasrat untuk makan di situ, ehem!!).

Mee udang Mak Jah ni asalnya dari Kuala Sepetang, Perak. KL ni cawangan sahaja. Memang popularlah mee ni. Sampai masuk tv you! Maklumlah, sedap...

Okey, menunya tak banyak. Semua berasaskan udang. Kalau yang minta ayam goreng kunyit ke, sup ke atau yang selain udang, memang you all carik pasal. Atau senang cakap, attention seekers, okey?! Apa menunya? Lets check it out...


Takdelah mahal sangat kan... Yang special tu, udang dia lagi banyak.


Inilah mee udang Mak Jah kalau nak tau... Perrgghhh...memang heaven bila first time kuah tu cecah lidah. Kuah pekat dengan rasa udang yang manis. Whewww...heaven heaven. *posing Farouk Warung Kita*


Ini saya punya. Udang goreng tepung special. Harga rm13. Big, fresh and juicy tu... Makan time panas panas cicah ngan sos.. Its sooooo yummy and make my eyes become merry go round..*over lah pulok!!*


Ini pun saya punya. Mee goreng udang biasa. Harga rm8. Untuk perut yang kecil seperti saya (kononnya), boleh share dua orang ye. Big portion.


Ini...ini... Oh ye, ini bukan saya punya. Terpaksa ketepikan udang sebab dah banyak sangat dalam kue teow tu. Kue teow goreng special, rm12.


Teh ais yang rasa seperti 3 layer tea. Saya suka. Kelassss ko Mak Jah...


Last but not least, ini bukan dodol ye. Ini belacan Kuala Sepetang. Memang sengaja ambil pic ni sebagai penyeri kepada pix yang lain tu.. Haha!


Ini saja untuk kali ini. Akan kembali update jalan jalan hujung minggu, minggu depan. Enjoy reading yea.

Daaaa..selamat malam. Sayang kamu.


Closet Writer: Lepas ni saya nak pergi carik Burger Bakar Kaw. Orang kata burger dia giler sedap. Daging buat sendiri dan saiz burger besar. Sedapnya sampai orang terpaksa beratur panjang. Dah jumpa nanti saya update yer...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday, 8 March 2012

5 Tabiat Buruk Wanita Perlu Ambil Tahu





Happy Women’s Day!! Yup, hari ini hari wanita sedunia. Itu pun saya tahu bila ramai yang wish kat FB. Oh, betapa tidak perihatinnya saya tentang perkara ini. Namun bagi saya, menjadi seorang wanita sangat sangat hebat rasanya. Betul tak?

Apa yang penting kita sentiasa mahukan kebahagiaan dan juga berharap kesihatan berada di tahap yang terbaik. Maklumlah, bila diri sentiasa sibuk menjaga dan menguruskan perkara perkara lain, kita lupa menjaga diri sendiri.

Untuk sihat pula, kena jaga tubuh badan itu elok-elok. Bersenam, mengamalkan diet dengan betul, ambil supplement yang diperlukan adalah antara cara untuk sihat. Tapi, sedar tak bahawa ada beberapa tabiat buruk yang perlu dielakkan jika kita mahu kesihatan di tahap yang terbaik? Kita sedar tentang hal ini tapi selalunya kita ambik mudah. Nah, 5 tabiat buruk yang wanita perlu elakkan. Sila baca...


1)      Memakai kasut tumit tinggi

Memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang lama dan lebih pula dari 1.5 inci boleh menyebabkan sakit belakang dan kecederaan urat kaki. Whooo..bunyi agak menakutkan. Ini kerana tekanan yang berlebihan ke atas sendi.


2)      Bawa beg tangan yang berat

Ya Tuhan, apa ajelah yang dibawa kat dalam beg tu. Dah serupa beg makcik yang sarat dengan barang-barang. Habis semua benda dimasukkan. Tak mau ye buat begitu. Ini kerana beban yang terpaksa dipikul akan meninggalkan kesan ke atas bahu dan belakang. Mungkin sekarang tak nampak lagi. Esok esok dah tua baru kamu tahu!! Bawak beg kecik je dan isi hanya barang-barang penting (jangan lupa bedak dan lip balm).


3)      Tidak bersihkan solekan sebelum tidur

Memang pemalas! Walau macam mana penat sekalipun, jangan pandang remeh tabiat ini. Inilah punca utama kepada masalah kulit wajah. Liang liang  roma tersumbat dan mengumpul minyak yang membolehkan bakteria beranak pinak kat muka. Kalau dah muka tu bermasalah, mulalah nak carik treatment itu ini. Padahal, perkara itu mula mula lagi dah boleh elak. Tapi sebab tak ambil berat, dah terpaksa berusaha dua kali ganda untuk menjaga wajah. Lagipun ia boleh menyebabkan kegatalan di bahagian mata.


4)      Guna saiz coli yang tidak tepat

Saiz coli pun boleh sebabkan kesakitan tau?! Selalunya masalah kesihatan yang timbul ialah sakit belakang, leher, bahagian buah dada. Kadang-kadang boleh sesak nafas (bra ketat sangat agaknya!), masalah peredaran darah dan si pemakai mudah cepat marah (errr,yang ni boleh dikaji lagi rasanya). Macamana nak selesa kalau semuanya tak kena kan?


5)      Tidak cukup tidur

Yang ini, saya cukup cukup ambil berat. Tambah tambah saya ni memang kuat tidur. Tapi, wanita memang selalu tidak cukup tidur. Ini disebabkan mereka kesuntukkan masa kerana sibuk membuat tugas tugas yang tak pernah habis. Tak cukup tidur boleh mempengaruhi mood dan mendatangkan stress. Hmmm, lebih cepat la dapat penyakit LUPUS atau darah tinggi. So, wahai lelaki, tolong kami hindari penyakit ini ye...


See...tabiat ini memang selalu kita buat kan?

Selamat malam.  Sayang kamu.





Closet Writer: Wahai wanita Malaya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Betul?



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday, 5 March 2012

Bubur Nasi The Story...


Good morning readers…

Monday again huh??!! Mesti ada yang tengah muka ketat. Cubalah senyum sikit. Ni baru hari Isnin okey. There are 4 days to go. Scary?

 
Okey, pagi ni saya breakfast dengan bubur nasi. Ada orang makan bubur nasi time dia demam je. Ada pulak langsung tak suka. Tapi saya memang suka bubur nasi. Teringat dulu time kecik kecik, bila mak kerja shift malam, dia akan bawak balik bubur nasik dengan ikan masin atau ikan bilis goreng keesokan paginya.



bubur nasi rm1.50


My mom jururawat. So dorang akan dapat bahagian makanan masing masing. Tak boleh lupa bubur nasik hospital. Cukup lembut dan itulah bubur nasik yang paling perfect saya rasa dan paling saya tak boleh lupa sampai sekarang. Rindu pulak rasanya nak makan bubur nasi. Tapi sekarang my mom dah lama tak kerja shift malam.

Saya teringin juga nak makan bubur nasik berlauk tapi jarang sangat jumpa. Lagipun saya hanya tau satu tempat je, Kampung Baru. Saya makan jugak walaupun bubur nasinya tidak menepati piawaian saya. Ada siapa-siapa tahu selain Kampung Baru? Tak perlu masukkan bubur nasi Mek D okey...

Okeylah, tak pasal pasal story bubur nasik pagi ni. So, silalah sambung buat kerja. Buat dengan hati yang riang ok. Dah bagi cuti dua hari takkan letih lagi kut. Itu malas namanya. Tak nak kerja duk rumah jelah!




Closet Writer: Tengah hari ni bubur nasi Mek D pulak



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...