Followers

Sunday 4 March 2012

Tak Rugi Kalau Kita Ramah


Menghabiskan sisa sisa hujung minggu dengan foot reflexology. Walaupun pernah melalui pengalaman yang tidak seronok satu ketika dulu tentang urut tapak kaki ni, saya rasa kali ini nak cuba sekali lagi. Mungkin pengalamannya lain pulak kut. So, saya pergi ke carrefour Wangsa Maju. Sekali lagi, dah tentu dekat dengan rumah. Nasib baik tak kena tunggu lama.

Disebabkan staffnya yang terlebih peramah, sesi yang sepatutnya 30 minit terlajak hingga ke 1 jam. Borak punya borak tak perasan masa dah terlebih sudah. Dari hal peribadi hingga ke hal Linda Onn semua keluar. (tukang urut saya bekerja untuk Linda Onn untuk beberapa tahun). Tentang bayaran, saya hanya bayar untuk 30 minit sahaja. Terima kasih banyak-banyak. Nasib baik saya tak tinggalkan mulut peramah saya kat rumah..Haha! Lain kali saya datang lagi ye..


Mula-mula kena basuh kaki dulu. Walaupun korang kata korang hari hari guna dettol basuh kaki tetap kena basuh jugak ok.



Kena sental sebab banyak daki :)



Sesi mengurut pun bermula. Nampak tak kaki montel?



Muka dia ni nampak je camni tapi hati jambu tuh. Bila wife call.. "Ye sayang, papa tengah ada customer. Nanti papa call balik k. Bye sayang, I love you. Pergghhhh...tetiba teringat cerita Bini-biniku gangster.Muka lejen tapi hati jambu.. Haha!!



Closet Writer: Komunikasi yang berkesan sangat menguntungkan. Heh!



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...