Followers

Sunday 11 March 2012

Mee Udang Mak Jah-Dari Kuala Sepetang ke Kuala Lumpur



Kalau minggu lepas saya pergi buat foot reflexology, minggu ni pulak saya pergi makan di Restoran Mak Jah. The best mee udang in town!! Dan..dan..sudah tentu di Wangsa Maju lagi..haha! Memang marvelous. Memang yummy. Memang slurrrppp.. Sebelum ni saya hanya dengar cerita. Akhirnya saya berpeluang merasa sendiri kelazatan mee udang tersebut (setelah lama menyimpan hasrat untuk makan di situ, ehem!!).

Mee udang Mak Jah ni asalnya dari Kuala Sepetang, Perak. KL ni cawangan sahaja. Memang popularlah mee ni. Sampai masuk tv you! Maklumlah, sedap...

Okey, menunya tak banyak. Semua berasaskan udang. Kalau yang minta ayam goreng kunyit ke, sup ke atau yang selain udang, memang you all carik pasal. Atau senang cakap, attention seekers, okey?! Apa menunya? Lets check it out...


Takdelah mahal sangat kan... Yang special tu, udang dia lagi banyak.


Inilah mee udang Mak Jah kalau nak tau... Perrgghhh...memang heaven bila first time kuah tu cecah lidah. Kuah pekat dengan rasa udang yang manis. Whewww...heaven heaven. *posing Farouk Warung Kita*


Ini saya punya. Udang goreng tepung special. Harga rm13. Big, fresh and juicy tu... Makan time panas panas cicah ngan sos.. Its sooooo yummy and make my eyes become merry go round..*over lah pulok!!*


Ini pun saya punya. Mee goreng udang biasa. Harga rm8. Untuk perut yang kecil seperti saya (kononnya), boleh share dua orang ye. Big portion.


Ini...ini... Oh ye, ini bukan saya punya. Terpaksa ketepikan udang sebab dah banyak sangat dalam kue teow tu. Kue teow goreng special, rm12.


Teh ais yang rasa seperti 3 layer tea. Saya suka. Kelassss ko Mak Jah...


Last but not least, ini bukan dodol ye. Ini belacan Kuala Sepetang. Memang sengaja ambil pic ni sebagai penyeri kepada pix yang lain tu.. Haha!


Ini saja untuk kali ini. Akan kembali update jalan jalan hujung minggu, minggu depan. Enjoy reading yea.

Daaaa..selamat malam. Sayang kamu.


Closet Writer: Lepas ni saya nak pergi carik Burger Bakar Kaw. Orang kata burger dia giler sedap. Daging buat sendiri dan saiz burger besar. Sedapnya sampai orang terpaksa beratur panjang. Dah jumpa nanti saya update yer...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

5 comments:

  1. Woah nampak best! Kat mana kedai ni dekat Wangsa Maju tu? Sebab tak biasa area KL.

    Dekat Egypt ni pun,tak beli udang sebab agak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat dengan Wangsa Walk dan K4. Corner lot. Kalau jumpa restoran Cheng ho, maksudnya bau bau mee udang tu dah sampai ke hidung..hehe

      Delete
    2. Thanks! Memang favourite seafood udang ni ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Asningtiyas: harus datang cuba makan kat sini :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...