Closet Writer
Followers
Sunday, 22 February 2015
Mudah yang tidak mudah
Assalamualaikum kekasih.
Mudah jatuh cinta berkali-kali. Tetapi tidak mudah menyintai seikhlas hati.
Mudah untuk menyatakan sayang. Tetapi tidak mudah untuk menyayangi sepenuh hati.
Mudah juga untuk menyukai. Tetapi tidak mudah untuk mengekalkannya.
Bila sudah cinta, bila sudah sayang, jangan pandang ringan.
Kerana saya tidak ambil mudah untuk kedua-duanya. Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Thursday, 8 May 2014
Tuhan, tolong kembalikan jiwa saya yang kuat itu.
Assalamualaikum kekasih.
Terima kasih kerana berterus terang. Pedih, hingga separuh jiwa saya pergi. Mujur rasa sabar dan sayang masih bertahan.
Terima kasih kerana berterus terang. Pedih, hingga separuh jiwa saya pergi. Mujur rasa sabar dan sayang masih bertahan.
Mungkin pada kamu saya ini kuat hatinya, namun ketahuilah betapa goyangnya hati saya. Andai kamu rasa saya baik-baik sahaja, demi Tuhan, saya tidak lagi berasa tenang. Ingin saya dipeluk, dipujuk dengan kata-kata yang menenangkan hati.
Kekasih, orang kata sayang itu adalah rasa ingin melindungi, cinta itu rasa ingin memiliki. Yang mana satu untuk saya?
Tuhan, tolong kembalikan jiwa saya yang kuat itu.
Monday, 16 December 2013
[Resensi Buku] Suara Tengah Malam - Maria Kajiwa
Suara Tengah Malam
Maria Kajiwa
Maria Kajiwa
ISBN:978-967-0535-38-8
Penerbit: Buku Prima
Tarikh terbit: 2013
Halaman:524
Harga: RM19.90 (Sem.
Malaysia)/RM22.90 (Sabah/Sarawak)
Assalamualaikum.
Puas hati! Itu komen pendek saya. Kali ini novel penulis diterbitkan oleh Buku Prima dibawah label seram. Bagaimanapun novel ini bukan novel seram. Mungkin lebih kepada misteri. Penulisnya, Kak Maria sebelum ini telahpun menyiarkan beberapa bab dari novel ini di blognya.
Berlatarbelakangkan negeri Melaka, penulis menggunakan watak Adam, seorang penyiasat persendirian dari novel 'Seteguh Ilalang'. Adam, kehilangan isterinya yang dipercayai diculik telah ke Melaka bila mendapat maklumat yang isterinya ada di Melaka. Saya suka bila Maria Kajiwa menggunakan Melaka sebagai latar cerita kerana saya memang suka Melaka. Satu kelebihan Kak Maria ini bila dia gambarkan sesuatu tempat itu ia selalunya membuatkan saya ingin pergi ke situ. Kak Maria mengambarkannya sehingga ia kelihatan 'hidup'.
Mengenai watak Adam, saya tidak pasti bagaimana Adam dalam novel 'Seteguh Ilalang'. Novel pemberian Kak Maria itu masih kemas lagi dalam simpanan. Maaf Kak Maria, in shaa allah nanti saya akan baca.
'Suara Tengah Malam' mengetengahkan beberapa masalah sosial yang menghantui masyarakat kita. Mazni yang menjadi kerakusan ayah tiri terbiar menanggung trauma sementelah ibunya yang menyalahkan dia dalam hal ini. Kalau ibu sendiri sudah tidak percaya, kepada siapa lagi mangsa sumbang mahram mengadu nasib? Kelurga Mazni menjadi kucar kacir selepas itu. Perbuatan ayah tiri yang tidak bertanggungjawab serta sikap ibu yang tidak memihak pada anak-anak telah menyebabkan Mazni lebih rela tinggal berjauhan dari keluarga. Adiknya pula menjadi penagih dadah hingga akhirnya terlibat dengan geng kongsi gelap atas desakan hidup di samping merasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.
Rumah yang mereka diami pula sering kedengaran suara aneh menjelang senja. Tipikal masyarakat kita yang suka percayakan hal-hal ghaib, rumah itu dilabel sebagai rumah berhantu. Yakin ada sesuatu yang berlaku, Adam mula menyiasat kisah hantu tersebut. Wah, 2 kes sekaligus. Adam memang penyiasat sejati. Hehe...
Okeylah. Apa kata baca sendiri novel ini. Karya Kak Maria memang tidak menghampakan. Selalunya novel Kak Maria membawa mesej yang sepatutnya kita ambil berat. Sebagai masyarakat yang terkenal dengan sikap prihatin, penglibatan kita dalam usaha membenteras gejala sosial sangat-sangat dituntut. Diharap kita tidak menjadi masyarakat yang 'bisingnya' hanya bermusim. Semoga.
Berlatarbelakangkan negeri Melaka, penulis menggunakan watak Adam, seorang penyiasat persendirian dari novel 'Seteguh Ilalang'. Adam, kehilangan isterinya yang dipercayai diculik telah ke Melaka bila mendapat maklumat yang isterinya ada di Melaka. Saya suka bila Maria Kajiwa menggunakan Melaka sebagai latar cerita kerana saya memang suka Melaka. Satu kelebihan Kak Maria ini bila dia gambarkan sesuatu tempat itu ia selalunya membuatkan saya ingin pergi ke situ. Kak Maria mengambarkannya sehingga ia kelihatan 'hidup'.
Mengenai watak Adam, saya tidak pasti bagaimana Adam dalam novel 'Seteguh Ilalang'. Novel pemberian Kak Maria itu masih kemas lagi dalam simpanan. Maaf Kak Maria, in shaa allah nanti saya akan baca.
'Suara Tengah Malam' mengetengahkan beberapa masalah sosial yang menghantui masyarakat kita. Mazni yang menjadi kerakusan ayah tiri terbiar menanggung trauma sementelah ibunya yang menyalahkan dia dalam hal ini. Kalau ibu sendiri sudah tidak percaya, kepada siapa lagi mangsa sumbang mahram mengadu nasib? Kelurga Mazni menjadi kucar kacir selepas itu. Perbuatan ayah tiri yang tidak bertanggungjawab serta sikap ibu yang tidak memihak pada anak-anak telah menyebabkan Mazni lebih rela tinggal berjauhan dari keluarga. Adiknya pula menjadi penagih dadah hingga akhirnya terlibat dengan geng kongsi gelap atas desakan hidup di samping merasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.
Rumah yang mereka diami pula sering kedengaran suara aneh menjelang senja. Tipikal masyarakat kita yang suka percayakan hal-hal ghaib, rumah itu dilabel sebagai rumah berhantu. Yakin ada sesuatu yang berlaku, Adam mula menyiasat kisah hantu tersebut. Wah, 2 kes sekaligus. Adam memang penyiasat sejati. Hehe...
Okeylah. Apa kata baca sendiri novel ini. Karya Kak Maria memang tidak menghampakan. Selalunya novel Kak Maria membawa mesej yang sepatutnya kita ambil berat. Sebagai masyarakat yang terkenal dengan sikap prihatin, penglibatan kita dalam usaha membenteras gejala sosial sangat-sangat dituntut. Diharap kita tidak menjadi masyarakat yang 'bisingnya' hanya bermusim. Semoga.
Selamat membaca.
Label:
Buku Prima,
Maria Kajiwa,
review novel,
Suara Tengah Malam
Tuesday, 12 November 2013
[Resensi Buku] Sebelas Patriot: Impian Dan Pengorbanan
Sebelas Patriot
Andrea Hirata
Andrea Hirata
ISBN:978-967-408-071-6
Penerbit: PTS Litera Sdn
Bhd
Tarikh terbit: 23 March 2012
Halaman:
80
Harga: RM10.00 (Sem.
Malaysia)/RM12.00 (Sabah/Sarawak)
Assalamualaikum.
Nipis tapi memukau! Dari tetrologi 'Laskar Pelangi', kemudian 'Padang Bulan', hingga ke 'Sebelas Patriot, kesemuanya tidak pernah gagal memukau perasaan saya. Kadang-kadang saya terfikir magis apa yang ada pada Andrea Hirata ini? Mungkinkah terletak pada sifat karyanya yang 'humble'? Atau boleh saya katakan karyanya jujur dan sederhana dalam setiap penceritaan. Aduhai...sebenarnya sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata.
Seperti selalu, 'Aku' merujuk pada watak Ikal. Sebenarnya saya tidak suka penceritaan yang menggunakan kata ganti aku. Sebabnya 'aku' itu sangat 'serba tahu' sifatnya, malah 'aku' itu juga tebal sifat 'keakuannya'. Itu pada saya. Namun, Andrea Hirata mempunyai kemahiran untuk meneutralkan penggunaan 'aku' menjadi lebih jujur dan sederhana tetapi kuat karekternya. Saya rasa ini antara kekuatannya yang tidak semua penulis ada.
Dalam Sebelas Patriot, masih lagi tentang perasaan sayang Ikal terhadap ayahnya, tentang impian yang ingin digapai dan tentang pengorbanan. Dan semua itu dizahirkan oleh penulis melalui kisah tentang bola. Semuanya bermula dari sekeping gambar lama yang Ikal jumpa secara tidak sengaja; yang sengaja disimpan jauh seperti tidak mahu lagi mengingati kenangan lama itu. Gambar itu adalah gambar yang menyimpan segala kisah suka duka masa lampau.
Gambar itu menyimpan kisah kegemilangan ayahnya, yang kemudiannya menjadi satu episod duka. Ayah Ikal rupa-rupanya seorang pemain bola sepak. Bersama-sama dua lagi adik beradiknya, dia yang bermain sayap kiri menjadikan perlawanan bola sepak sebagai satu cara untuk menentang penjajahan Belanda pada ketika itu. Sudah menjadi sifat penjajah, mereka tidak mahu dikalahkan. Kalah itu bererti malu! Dalam meraikan kemenangan menjaringkan gol, rupa-rupanya ayah Ikal menempah malang. Esoknya, ayahnya di bawa ke balai polis (harusnya orang Belanda) dan ditahan sehingga seminggu. Ayahnya kemudian kembali dengan tempurung lutut hancur.
Mengetahui kisah ayahnya membuatkan Ikal berazam untuk menunaikan impian ayahnya dengan menjadikan dirinya pemain bola sepak bagi pasukan kebangsaan Indonesia (PSSI). Bermula dengan pemilihan pemain junior daerah, kemudiannya membawa kepada pemilihan pemain junior wilayah barulah pemilihan untuk kemasukkan pemain PSSI. Semuanya harus dilalui tanpa kompromi.
Berjayakah Ikal?
Dalam novel ini, penulis menzahirkan bola sepak itu sebagai:
1) patriotisme
2) kegigihan & kesungguhan
3) pengorbanan & keikhlasan
4) rasa cinta & inspirasi
5) kegembiraan & keghairahan
6) politik
7) perniagaan
8) budaya dan sejarah
9) kehidupan
Selesai saya menulis entri ini, satu persoalan terdetik di fikiran. Bagaimana pula halnya dengan situasi bola sepak kita?
Selamat membaca!
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Monday, 14 October 2013
[Resensi Buku] Bougainvillea - Packy Sidique
Bougainvillea
Packy Sidique
ISBN:978-967-0508-04-7
Penerbit: Jemari Seni Sdn
Bhd
Tarikh terbit: 2012
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Assalamualaikum. Ini review pertama setelah beberapa bulan terhenti. Sebenarnya dalam beberapa bulan itu, banyak buku-buku yang sudah habis saya baca. Cumanya tidak diulas disini. Tetapi sehabis sahaja membaca karya pertama penulis ini, keinginan itu datang semula.
Bougainvillea pada saya merupakan kisah penyiasatan yang 'soft', kurang suspen tetapi teratur. Walaupun penyiasatan yang dilakukan antara nampak tak nampak, ia masih lagi membawa rasa ingin tahu perkaitan antara watak-watak suspek jenayah.
Seperti lazimnya cerita penyiasatan, ia bermula dengan satu kes pembunuhan. Satu mayat milik seorang gadis ditemui dengan kesan dicekik di satu kawasan pelupusan. Kes ini disiasat oleh ASP Kimi. Kimi, seorang yang digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang tinggi dan tegap (sesuai dengan tugasnya sebagai pegawai polis) serta mempunyai wajah 'chinese look'. Menyertai pasukan polis kerana mempunyai misi sampingan iaitu ingin menjejaki kehilangan Nina, kekasih yang hilang 10 tahun lepas. Takdir telah menemukan dia dengan Deena. Lebih dramatik lagi, wajah Deena saling tak tumpah wajah Nina.
Watak Deena adalah medium yang membawa kepada apa yang berlaku kepada Nina. Deena yang baru berpindah ke Penang kebetulan tinggal di rumah yang pernah didiami Nina. Sejak itu Deena sering diganggu mimpi yang sebenarnya merupakan mesej untuknya. Namun ingin saya nyatakan bahawa kehilangan Nina bukanlah fokus utama cerita ini. Cuma siasatan ke atas kes pembunuhan yang berlaku telah membawa kepada penemuan kehilangan Nina sekaligus.
Risau kalau-kalau rahsianya terdedah, penjenayah tersebut telah menukar identitinya. Mangsanya kali ini ialah Edelene, tanpa menyedari Edelene adalah seorang pegawai polis. Apa yang berlaku kepada Edelene sama seperti mangsa-mangsa sebelumnya tetapi nasib Edelene lebih baik. Dia selamat walaupun koma. Sayangnya, kerana dia adalah salah seorang saksi utama selain Daniel (pelayan restoran) yang pernah melihat si penjenayah tersebut.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya penjenayah itu dapat dikesan. Seperti biasa teori saya, watak yang kurang ditonjolkan itulah watak penjenayah. Namun, bagi saya profil penjenayah tidak cukup kuat dari segi psikologi untuk membolehkan dia dianggap sebagai 'pembunuh bersiri'. Seharusnya perlu diletakkan sejarah yang lebih kelam kerana untuk muncul sebagai pembunuh bersiri tidak cukup hanya bermula dengan kenakalan di waktu remaja.
Walaubagaimanapun, saya cukup enjoy dengan novel ini. Segala tanda tanya apa kaitan penjenayah dengan suspek yang lain terjawab. Kenapa tajuk novel ini Bougainvillea? Itu kena baca sendiri.
Tahniah untuk penulis, Packy Sidique.
Selamat membaca.
Label:
Bougainvillea,
Jemari Seni,
Packy Sidique,
review novel
Saturday, 5 October 2013
Jodoh Tak Ke Mana
Assalamualaikum.
Ada yang kata berkahwin itu umpama satu kemenangan bagi orang bujang. Banyak usaha yang dilakukan serta halangan yang perlu ditempuhi sepanjang hidup membujang hingga ke hari perkahwinan. Maka tidak hairan, sah sahaja akad nikah semua akan menadah tangan mengucap syukur, mendoakan agar perkahwinan itu mendapat keberkatan Allah serta bahagianya berpanjangan hingga ke Jannah.
Dalam bab jodoh, isunya tidak pernah terhenti. Sebagai seorang muslim, kita amat percaya yang jodoh itu urusan Allah. Kita tidak akan tahu siapa pasangan kita. Tapi bukan bermakna kita hanya perlu menunggu di tepi pintu mengharapkan tiba-tiba orang datang meminang. Kita bukannya pujaan ramai sampai orang sanggup berbaris mahukan kita. Jodoh perlu juga diusahakan. Perlu juga dicari-cari. Bukanlah maksud saya seperti mencari barang di Suria KLCC. Bukan. Tidak salah kalau diusahakan berkawan dulu untuk mengenali diri masing-masing. Berkawan - jatuh cinta - putus di tengah jalan - jumpa orang baru, adalah proses dalam mencari jodoh. Ada yang jatuh cinta terus kahwin. Ada yang dah berkali-kali kecewa baru berjumpa yang betul. Malah ada bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain kemudian berkahwin pula dengan orang lain.
Selalunya, bila kita sudah mula berkawan rapat denagan seseorang, hati mula tertanya-tanya adakah dia jodoh kita. Di sinilah peranan hati. Adakala kita pasti lalu diteruskan ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin. Adakalanya kita dilanda rasa was-was. Maka istikharahlah jawapannya. Siapa pun calonnya, sudah pasti dia adalah orang yang kita bersedia untuk berkongsi apa sahaja. Sebelum berkahwin, kita sudah pastikan yang kita telah memilih yang terbaik. Maka, selepas berkahwin terimalah pasangan kita apa adanya.
Pilihan sendiri atau pilihan keluarga? Soal ini agak subjektif. Tidak ada bukti menunjukkan pilihan orang tua adalah terbaik. Namun begitu, jangan pula membelakangkan mereka dalam urusan memilih jodoh sendiri. Kerana itu juga, Islam telah meletakkan panduan dalam memilih jodoh. Sudah tentunya yang menitikberatkan agamanya yang dinilai dahulu. Tetapi yang paling penting, untuk mendapat jodoh yang baik, diri sendiri perlu menjadi baik dahulu. Lelaki baik untuk perempuan baik. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Allah.
Apa-apapun, sekiranya berkahwin ini diibaratkan sebagai kemenangan bagi orang bujang, maka untuk mengekalkan kemenangan itu juga memerlukan usaha yang bukan sedikit. Kita merancang, tetapi perancangan Allah yang terbaik. Yang penting bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan tawakal. Hanya Dia, Allah yang Maha Adil.
Sunday, 16 June 2013
[Travelog] Throughout Malaysia: Langkawi #3
Assalamualaikum semua.
Wahhh... semua nampak gembira lepas makan-makan sempena Hari Bapa ya. Selamat Hari Bapa untuk semua bapa. Semoga bapa sentiasa berusaha menjadi bapa no 1 pada anak-anak. Errr, bapa ayam takmo okay.
*Sigh*
Tak sangka entri untuk travelog Langkawi tertangguh sampai sekarang. Cuti sekolah dah lama habis tapi entrinya tak buat-buat juga. Malas, kan? Nasib baiklah tadi mimpi tengah tangkap gambar tempat cantik-cantik. Tiba-tiba pula timbul semangat nak update entri ini.
*Alasan tak boleh blah*
Okeylah, jom cerita. Sebenarnya Langkawi dah banyak berubah. Makan Mahsuri dan Beras Terbakar tidak sama seperti kali terakhir saya kunjungi. Kalau dulu nampak tanah, sekarang dah nampak rumput. Dulu tak ada Dataran Lang sekarang dah ada. Cable car pun tak ada tapi sekarang saya dah naik. Cable Car di Langkawi dikatakan yang paling curam di dunia. Gerun rasanya. Tapi sayang, Skybrigde ditutup untuk sementara waktu.
Pantai Cenang sentiasa menjadi tempat favorite. Sekarang tempatnya bertambah padat dan sangat happening. Sesiapa yang suka tempat yang gempak, carilah hotel kawasan situ.
Jomlah kita tengok gambar. Tak banyak gambar walaupun dah merata tempat dilawati. Kenapa tak banyak gambar? Entahlah ek?!
Masuk sini kena bayar RM7. Kanak-kanak tak pasti.
Tempat yang dilalui sebelum sampai ke Makam Mahsuri.
Dulu Makam Mahsuri ni boleh disentuh.
Rumah Mahsuri.
Perigi Mahsuri.Sibuk betul dia orang timba air. Berebut macam air tu air zam-zam. Hehehe...
Sayangnya ada tempat yang tak siap lagi.
Kawasan Beras Terbakar
Cable car ini wajib naik.
Permandangan dari atas.
Hah!! Letih betul upload gambar. Tak larat rasanya. Ada beberapa tempat lagi tapi dah rasa penat betul upload gambar masa line lembab ni.
Insha Allah, andai berkesempatan saya akan upload yang selebihnya. Apa-apa pun memang berbaloi kalau berkunjung ke Langkawi.
Oh ya. Satu pesanan penting. Bawa duit lebih untuk shopping. Al maklumlah, kawasan bebas cukai. Tak kan nak tengok je kan?
Adios.
Saturday, 1 June 2013
[Travelog] Throughout Malaysia: Langkawi #2
Assalamualaikum.
Masih dalam mood bercuti? Good.
Sebenarnya, saya ke Langkawi berombongan. 4 orang dari KL, 5 lagi dari Butterworth. Jadi sementara menunggu yang 5 lagi sampai dari jeti Kuala Kedah, kami lepak-lepak dulu di Dataran Lang.
Okay, kali terakhir saya ke Langkawi adalah 15 tahun dahulu. Masa tu Dataran Lang belum ada lagi. Ia merupakan mercu tanda Langkawi dan terletak tidak jauh dari jeti Kuah. Dalam 10 minit berjalan kaki.
Tapi sayang, tidak berkesempatan melihat panorama di malam hari. Katanya, bila malam Dataran Lang ini akan dilimpahi cahaya lampu. Sungguh mengasyikkan tambah-tambah nampak cahaya berkelip-kelip dari lampu kapal kapal yang berlabuh. Eceh! Lebih-lebih pula berimaginasi.
Inilah helangnya. Nampak gagah perkasa walaupun kaku. |
Eh,eh! Ada yang interframe. |
Eee...!!! Menyampah betul bila orang ambik gambar saya senget. |
Bumbung putih antara nampak tak nampak itu jeti kuah. |
Ini cerita Dataran Lang. Lepas ini baru kita jalan-jalan tempat lain, okey?
Jumpa lagi.
[Travelog] Throughout Malaysia - Langkawi #1
Assalamualaikum.
Hai, berjumpa lagi kita. Jadi, seperti yang telah diberitahu minggu lepas, saya akan update entri percutian ke Pulau Langkawi. Tidak banyak. Sebenarnya, ia bukanlah destinasi pilihan. Tetapi selepas dipujuk-pujuk dengan janji-janji manis maka dengan senang hati saya pack kain baju.
(Bukan main eksyen ko kan Ernie...)
Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian paling popular di Malaysia. Kapasiti pengunjungnya meningkat setiap kali musim cuti.
Buktinya, seawal 7 pagi orang sudah mula berpusu-pusu naik feri untuk ke seberang.
Ini dari jeti Kuala Perlis. Sementara menunggu kaunter tiket dibuka pukul 6 pagi, duduk-duduk layan mata mengantuk. Tak sangka ada pula yang datang berkhutbah di pagi hari.
Sadis betul cara dia nak cari pelanggan. Sekejap dia kutuk melayu yang tak nak layan bila dia tegur. Dia kata orang Kuala Lumpur sombong sombong bila mai Langkawi. Seminit kemudian, dia kutuk orang cina sebab hanya pentingkan periuk nasi sendiri.
Alahai Encik Agen Pelancongan, saya tahu awak nak promote service tapi tolong jangan rasis. Percutian saya tiada kena mengena dengan bangsa. Nasib baik, azan subuh berbunyi.
Saya bangun tinggalkan dia ternganga.
Sorry, I'm not interested. Kih kih kih.
Sampai jumpa lagi.
Saturday, 25 May 2013
[Travelog] Malaysia Di Hatiku
(Tajuk bukan main!)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Memang sudah lama saya merancang untuk berjalan jalan satu Malaysia. Oh ya, travel solo dengan menaiki keretapi. Namun sampai sekarang tak tercapai.
Maka, saya nekad bermula tahun ini, saya akan jelajah Malaysia sedikit demi sedikit tak kira dengan apa cara pun.
Semoga saya diberi kelapangan waktu untuk merealisasikan apa yang dirancang. Inshaallah. Doakan ya.
(Fuh! Rupa-rupanya tahun ini banyak juga perkara yang menuntut masa saya).
Untuk kembara Malaysia, saya khaskan dibawah tajuk "Throughout Malaysia". Haha... tajuk tak nak kalah kannn...
Jadi, sebagai permulaan saya akan ke Pulau Langkawi. Bas saya akan berangkat malam nanti.
Jumpa lagi dan selamat bercuti.
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Subscribe to:
Posts (Atom)