Followers

Wednesday 29 February 2012

Selamat Hari Jadi Awak..




Hari terakhir Bulan Februari,  juga hari yang istimewa untuk mereka yang menyambut hari kelahiran pada tarikh ini.. 29 Februari, disambut 4 tahun sekali,okeyhhh..


Selamat hari jadi awak..
 Semoga awak dewasa dengan menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain...





Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Kasut Yang Padan Dengan Saiz Kaki



Hai readers..

Hmmm..hari ni mood saya betul-betul ke longkang. Sekarang saya sibuk mengenalpasti apa perkara-perkara yang mengganggu mood saya ketika ini.

Bila mendengar ujian orang, kadang-kadang saya rasa ujian saya sudah cukup berat. Sudah cukup teruk! Tapi betulkah? Kalau diuji dengan kematian atau diuji dengan satu kehidupan yang sukar, saya tidak tahu yang mana satu yang ujiannya teruk. Susah hendak bandingkan kerana yang mengalaminya sahaja yang tahu.








Ye, bila kita tidak berada di dalam kasut orang lain, kita tidak tahu kesukaran yang dialami. Namun, bagi saya, sudah cukup kita hanya memakai kasut sendiri yang sememangnya betul saiznya. Walaupun saiz orang lain sama dengan saiz kasut kita, kita tetap rasa tidak selesa. Itu perumpamaan saya bila saya cuba memahami situasi orang lain. Takkan sama!

Saya cuba untuk memahamkan diri sendiri. Teruk atau lebih teruk seharusnya tidak timbul. Selama ini kita memakai kasut dengan saiz yang tepat. Begitu juga dengan ujian yang kita hadapi. Tuhan sememangnya memberi ujian yang mampu kita tanggung.

Jangan kita memperlekehkan ujian orang lain atau terlalu taksub dengan ketabahan dia dalam menghadapi ujian hidup. Kerana bila kita diuji perkara yang sama, kita tetap akan dapat melaluinya dengan tabah.

Sayang kamu.


Closet Writer: Happy Birthday pada Mohd Nazrin - si budak kecik yang hensem dan suka berangan nak bujang cepat..









Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 24 February 2012

Shhh...


Saya suka buat banyak benda dalam satu masa. Maksud saya yang simple simple sahaja. Contohnya, sedang saya baca novel, tiba-tiba saya beralih ke magazine. Tup-tup sekarang saya buat entri, blogwalking dan berfb sambil dengar lagu Bila Aku Jatuh Cinta berulang ulang kali. Tapi, bila sampai bab texting 'dia', semua tu saya put aside. Well, texting him seems much more important to me. Hmmmm..baru perasan!! 

Shhh...jangan kacau...dia sedang bercinta...selamat bercinta awak...
(Sarnia Yahya)



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 16 February 2012

February With Love... (Khas Bulan Cinta) #2



Sambil sambil mengunyah jajan, sambil sambil minum iced lemon tea, saya berfikir fikir apa entri saya kali ini. Entri khas untuk bulan kasih sayang. Mahu menulis tentang tips cinta, semacam buang masa. Mana ada tips cinta yang boleh digunapakai. Kalau mahu menulis tentang cinta sendiri, lagilah tak perlu. Susah juga ya bila kebuntuan idea ni...

Sehinggalah saya teringat sesuatu. Tentang teman saya. Saya bertanyakan soalan, apa yang dia perlukan dalam hidup? Jawapannya sangat menarik hati saya. 

Maka, ini ceritanya..


“ Aku kahwin muda ketika usia aku 21 tahun dan suami aku 25 tahun. Masa itu masak pun tak pandai. Apatah lagi membasuh dan mengemas rumah. Semua aku tak pandai buat. Maklumlah, dulu aku jarang buat kerja rumah. Semuanya orang buatkan. Yang aku tahu hanya makan, tidur, tengok tv dan belajar. Rajinkan aku? Tapi bila sudah sampai jodoh, aku kahwin juga. Bila aku kahwin, semua itu aku belajar perlahan lahan. Kena belajar juga sebab duduk jauh dari orang tua. Tinggal sendiri membuatkan aku berubah 360 darjah! Penat memang penat, tapi sebab kita buat untuk kebahagiaan bersama, semua kerja rasa ringan. Tambah-tambah kalau dia ringan tangan menolong. Terasa romantiknya dia.

Ramai juga yang kata kami terlalu muda untuk berkahwin. Ada yang tanya, betul ke dah sedia nak kahwin? Aku tak tau nak jawab apa. Aku tertanya-tanya apa tandanya orang itu sudah bersedia ataupun belum? Nak tunggu sampai ilmu rumah tangga penuh di dada? Kursus kahwin pun hanya dua hari. Mana cukup! Bagi aku, kahwin itu sendiri adalah satu proses belajar. Dalam konteks yang lebih luas. Dengan cara trial and error.

Syukur, aku dikurniakan sepasang cahayamata. Aku masih ingat lagi bila anak pertama lahir. Dengan tiada pengalaman menjaga anak kecil, aku dan suami cukup kelam kabut. Mana nak basuh berak kencing, buat susu tengah malam, berjaga bila baby demam. Semua kami buat bersama. Yang paling kelakar bila terpaksa jaga baby sendirian. Mahu menangis rasanya. Dia pula sekejap sekejap call tanya ok ke tak. Syukur sangat dapat suami macam dia.

Bila masa berlalu, semuanya menjadi kenangan yang sangat manis. Melihat anak-anak membesar dan rumah tangga bahagia, apa lagi yang aku inginkan? Setiap kali sebelum tidur, aku tidak pernah lupa untuk menatap wajah suamiku. Sayangnya aku pada dia tidak terhingga. Kadang-kadang terlintas di hati, apa akan jadi kalau aku kehilangannya. Pernah aku suarakan di suatu pagi sambil dia menyidai baju. Aku katakan yang dia telah melakukan banyak perkara untuk kebaikan dan kesenangan aku. Aku berterus terang padanya,

" Sayang perlukan abang dan tak boleh hidup tanpa abang. Hidup dan mati sayang biarlah bersama abang ".

Dia tersenyum. Aku tidak tahu dia suka atau dia anggap aku cuba bodek dia. Yang pasti, hati aku berdetak laju bila menuturkan kata kata itu. Terasa sampai sekarang. Seakan akan sumpah janji untuk hidup mati bersama. Biarlah. Memang aku mengharapkan kasih kami terikat sampai mati. Walau apa pun dugaan, kami hadapi dengan sedaya upaya kami. Kepada Allah aku bermohon agar kami berupaya menghadapi dugaan rumah tangga dengan segala kelebihan dan kekurangan yang kami ada. Agar kasih sayang kami bertambah kuat setiap detik. Begitulah rasa cinta dan sayang aku pada suamiku. Dan sesungguhnya, apa yang aku perlukan dalam seluruh hidup aku, hanyalah dia. Untuk membimbing aku dan anak-anak ke syurga kelak".



Closet Writer: Saya? Hmmm...



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Monday 13 February 2012

Valentine's Day Tanpa Kenangan



Ya, esok hari valentine. Hari orang menunjuk-nunjuk kasih sayang, hari budak budak nak show off yang mereka pun ada pakwe/makwe yang caring. Sebenarnya saya tidak pernah peduli apa itu valentine's day.



Seingat saya, saya mula tahu apa itu Valentine's Day seawal saya di menengah rendah. Curi-curi baca majalah Remaja kepunyaan makcik. Ohhh, rupa-rupanya ada juga hari khas menyambut kasih sayang. Saya ingatkan kita hanya ada hari guru dan hari menyambut kemerdekaan negara.


Saya tidak puas hati dengan apa yang saya baca. Saya pun bertanya pula pada makcik, apa yang kita lakukan bila tiba hari valentine tu nanti. Hmmm...bukan jawapan yang aku dapat tapi cubitan kerana curi-curi baca majalah Remaja yang dia sorokkan. 




Kemudian, saya lupakan tentang hal itu sehinggalah ke tahun depan dan tahun-tahun selepasnya. Setiap tahun pasti ada majalah yang berbicara tentang Valentine's day. *sudah tentu saya sudah boleh membaca majalah remaja ketika itu*.


Namun, berapa kali pun saya bercinta, putus dan bercinta kembali, tidak pernah lagi saya menyambut hari valentine. Entah kenapa. Tapi yang pasti tidak ada istimewanya hari tersebut pada saya.


Tidak sama seperti saya menunggu-nunggu tibanya birthday saya. Kerana bagi saya, tidak perlu ada hari khusus untuk memberitahu yang saya menyayangi dia, berbanding saya terpaksa menunggu lama untuk menyambut hari lahir saya setiap tahun. *sudah tentu saya tidak boleh menyambutnya pada sebarang hari*




Saya tidak pula menolak terus Valentine's Day ni. Saya tahu, kamu tetap menganggap esok hari yang istimewa. Tidak peduli apa pun orang kata tentangnya. Yang pasti kamu tetap ingin bersama dengan orang tersayang. Menanti apa yang bakal meninggalkan kenangan istimewa.


Cuma ingin saya ingatkan, walau sayang kamu pada dia setinggi gunung, sayangi diri kamu lebih dari itu. Selagi belum ada ikatan yang sah, selagi itu kamu bukan milik dia dan sebaliknya. Bila-bila masa boleh ditinggalkan. Biarlah cinta kamu itu sama nilainya dengan diri kamu. Tinggi dan berharga.




So, berdebar debar ye tunggu hari esok.. Gurlsss, apa kata kali ni uols check samada balak uols tu jenis pemurah atau taik idung masin.. Apa lagi, mintak le apa apa yang korang nak. Tak baik??? Hmmm..ye ke? Saya jamin uols mesti nak melompat kijang bila dapat gift bentuk hati kan kan kan.. Tak baik hipokrit kaaannnn... *gelak giler jahat ko*


Sayang kamu.



Closet writer: teringat 14 Feb setahun yang lalu. Rupa-rupanya hati saya yang berubah tanpa saya sedari..



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 10 February 2012

Rasa Heaven Bila Badan Bau Coklat


Nasib baik tak sampai jilat-jilat tangan



Beberapa hari ni saya asyik dengan benda alah ni. Apa bendanye ni? Kalau nak tau, inilah lotion badan vaseline. Perisa coklat. *perisa???* Disebabkan baunya yang tersangatlah coklat, maka saya sekejap sekejap sapu lotion tu kat tangan, lengan, kaki, peha. Serius you. Bau dia buat saya rasa heaven sangat sangat. Saya rasa, saya baru lepas sapu badan saya dengan cecair coklat. *ada tau treatment kecantikkan yang guna coklat untuk haluskan kulit*

Memang ralit dengan bau coklat tu. Kejap-kejap saya letak tangan kat hidung. Terbayang minuman coklat yang sungguh pekat bau kokonya. Bau yang seductive. Trully speaking, agak menenangkan. Jangan risau, bau lotion coklat ini belum mampu untuk menarik perhatian semut. Tapi tak tau la pulak kalau tiba tiba ada yang gigit belakang sebab ingat awak coklat. *hihihi..gelak nakal*

Mungkin ada yang nak bagi hadiah coklat pada buah hati pengarang jantung. Why don’t try bagi lotion macam ni pulak? Tak semestinya Vaseline. Brand lain pun ada. Kalau nak lain dari yang lainlah... Tapi kalau buah hati nak jugak coklat Ferraro Rocher, bagi jelah. Kalau bagi lotion ni jugak, takut nanti masuk bakul sampah. Siapa rugi? Awak jugak kannnnn....

Daaaa.... Sayang awak.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 7 February 2012

February With Love... (Khas Bulan Cinta)




Buku tulisan Bahruddin Bekri yang melihat cinta itu lebih dari sekadar cinta  biasa.  Sengaja saya memilih kaver buku ini kerana hidup kita memang penuh dengan rasa cinta.



Nampaknya entri saya sebelum ni telah 'mengusik' sedikit hati seseorang. Dan tiba-tiba pula saya rasa sedikit bersalah walaupun entri itu bukan berkenaan dia semata-mata. 

Saya tidak tahu kenapa hati saya mula rasa tidak senang, risau kalau-kalau dia berkecil hati. Bersungguh-sungguh saya meminta maaf selepas itu. Saya tidak mahu dia berfikir yang bukan-bukan tentang saya. Seboleh-bolehnya saya mahu menunjukkan 'good side' saya. 

Kenapa saya perlu peduli? Saya sendiri kurang pasti. Yang pasti, saya mahu dia sentiasa selesa bila berkawan dengan saya.

Adakah itu hint? Teman tapi mesra. Sukar untuk bezakan perasaan ketika ini. Tidak dinafikan, saya suka dengan perasaan saya sekarang. Adakalanya rasa rindu hadir bila masing-masing berjauhan. Adakah dalam hati sudah ada taman? 

Pada saya cinta itu adalah bila kita bersedia untuk berkongsi masa, emosi dan hidup dengan orang yang betul-betul kita ambil berat. Cinta juga membawa erti kasih sayang sesama umat manusia tanpa mengira pangkat atau rupa.

Namun, sebenarnya orang kita sukar menunjukkan perasaan kasih sayang kecuali anak muda yang dilamun cinta. Kita ambil ringan soal kasih sayang yang sedia ada dalam hubungan keluarga, suami isteri dan juga sahabat. Ingat, kasih sayang juga boleh pudar andai tidak dipupuk dan dijaga. Ya, saya akui perkara itu.

Memandangkan bulan Februari ini dikenali sebagai bulan cinta, maka sepanjang bulan ini saya akan bercakap soal cinta. Saya akan kongsi apa sahaja yang saya baca atau ketahui tentang cinta. 

Kepada yang masih solo atau baru sahaja solo, kena ingat, menjadi solo tidak menyebabkan kita berada setingkat lebih bawah dari mereka yang berpunya. Menjadi solo membolehkan kita lebih merdeka untuk menentukan hidup. 

Dan kepada mereka yang mula menerima cinta, hati-hati. Tidak salah bersikap memilih andai itu boleh menjamin kebahagian. Cinta untuk rasa bahagia, bukan derita. Yang penting, cintai diri sendiri dulu.

Sayang kamu.


Closet writer: Dia sms: awak rindu saya tak? Bila nak reply, tiba-tiba kredit habis. Stres betul!










Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Saturday 4 February 2012

Devil That Not Really Wears Prada






Jangan risau dengan kualiti diri yang dimiliki. Tidak perlu rasa rendah diri bila melihat orang lain lebih hebat. Kita sendiri juga hebat, dengan cara kita sendiri. Saya tidak menilai anda hanya dari satu sudut. Selagi anda memegang nilai-nilai kemanusiaan dalam diri anda, itulah kehebatan anda. Yang penting, jaga hati kerana di situlah bermulanya siapa diri anda. Assalamualaikum dan selamat pagi :-) 

p/s: saya bukan dari kalangan Devil Wears Prada...
*pepagi lagi dah keluar ayat belia aku..hewww~~~



Bangun-bangun je pagi tadi terus teringat conversation dengan my fren semalam. Terus saya buka FB dan update status seperti kat atas ni. Saya dah agak, lambat-laun hal ini akan disebut juga. 

Bukan pertama kali saya menghadapi situasi ini. Inilah yang membuat saya risau. Saya tau, semakin lama mereka mengenali saya, mereka mula rasa sesuatu. Lebih tepat lagi, mereka risau kalau kalau saya tidak dapat menerima kekurangan mereka. 

Kekurangan? Saya sendiri pun banyak kekurangan. Namun itu bukan alasan untuk saya merasa rendah diri. Dalam sesetengah hal, saya ada kelebihan. Fikiran yang begitu buatkan saya rasa yakin dan selesa untuk berdampingan dengan sesiapa sahaja. 

Pada saya, andai orang itu memang ikhlas berkawan, dia akan terima kekurangan kita tanpa rasa riak dengan kelebihan yang dia ada.

Sebenarnya, saya teringin berada di dalam ‘kasut’ mereka. Dan melihat diri saya sendiri dari sudut pandang mereka. Bagaimana personaliti saya yang mereka nampak sehinggakan boleh menimbulkan rasa tidak yakin dengan penerimaan saya terhadap kekurangan itu. 

Lemas sebenarnya bila berdepan dengan orang yang tetiba rasa rendah diri ni. Tapi sampai sekarang saya tidak ada jalan penyelesaian. Akibatnya, relationship yang asalnya ok dah jadi tak ok. Hanya kerana dia rasa dia tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.


Closet Writer: Devil that not really wears Prada...




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday 3 February 2012

First Time Subway...






Beberapa hari lepas, saya rasa nak makan menu sihat *kononlah*. Jadi, yang terlintas ialah SUBWAY. Lalu dengan langkah perempuan melayu terakhir, saya pun pergi ke SUBWAY paling dekat dengan rumah. Wangsa walk la tu. Mana lagi kannnn. Tapi ada satu saya nak bagitau..

Meh rapat sikit…

Sebenarnya, saya tak pernah pun ke Subway. Semua tempat makan saya pernah pergi. TGI… Chilli’s… VS… Tony Romas… Sebut je, semua dah pergi but Subway… Jakun tak, jakun tak? Jakun kaannnn….

Then, saya pun masuk Subway dengan penuh debaran *rasa macam gi audition lak… Tetiba rasa nak lari keluar..

Nak tiru aksi orang, takde sape lak kat depan saya. Kalau tak, boleh copy and paste order dia.. Ihiks.. J

Bila dah sampai kaunter, nak tak nak saya teruskan jugak order. Dengan muka yang konfiden saya pun tunjuklah gambar menu yang tergantung kat belakang dia orang..

Errr.. saya nak yang no 3, aku tak hengat la nama bende alah tu. Then, budak tu pun tanya nak condiments apa?

Ishh.. apa menatang condiment lak neh.. dah la tadi suruh pilih roti. Dia bagi roti panjang. Tak pasal-pasal terkeluar soalan “ eh, roti dia memang panjang tu ke?

Okay, condiment tadi kan? Ohhh, rupa-rupanya sayur sayuran dia.. Lepas tu dia tanya pulak sauce yang saya nak.. “ Letak je semua sauce, boleh? “ Haaaa..amik ko. Last sekali, ini la hasilnya.. Tadaaa..






Sedap tak.. Yang penting saya dah pandai order Subway.. Yippieee..

* heh!! Tu pun nak kecoh???? Dah takde bende nak tulis letewww..



 


Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 2 February 2012

Edisi Patah Hati Dan Bila Aku Jatuh Cinta





Hai readers...*posing artis red carpet*



Malam ni nak sambung baca Diari Mat Despatch - Edisi Patah Hati sambil dengar lagu Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta...

Sangatlah clash tajuknya.. Pppffttt.... @_@'



terselit bookmark monyet..



" Orang yang bercinta ini terkadang terkeliru berkenaan makna percaya. Mereka fikir, apabila mereka percayakan seseorang itu barulah itu dipanggil cinta. Namun, cinta yang sebenarnya adalah, apabila seseorang itu mempercayai kita, walaupun kita menipu " Hewww~~~



Sayang kamu.



Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...