Followers

Sunday 22 January 2012

Review ERTI CINTA-Karya Seni



Assalamualaikum.

Hye people.. Dalam mood bercuti ye? Best? Of course lah best kan? 

Okay, kita teruskan pada entri kita ye.. Kali ni saya akan review novel ERTI CINTA.. Perghhh, tengok tajuk mesti ingat pure love story yang banyak badai melanda (errr..macam Ombak Rindu, well, you know.. ). Tangkap jiwang meleleh-leleh.. Hah, saaaalah sangat!! Kalau nak tau ERTI CINTA ni adalah novel paranormal-romance. Berlatarbelakangkan kisah seram. But wait!! Bukan macam kisah seram atau cerita hantu yang selalu kita baca, yang hantu rambut panjang dengan kena rasuk bagai.. No, no, no dear.. It's different.






Well, kisah bermula dengan Anis dan Maria berpindah dari asrama kolej yang seperti tin sardin ke Flat Seri Mastura yang murah sewanya, tetapi seperti pangsapuri tinggal. Walaupun sangsi dengan keadaan itu, mereka nekad berpindah. Yang penting, mereka keluar dari asrama tin sardin itu dan tidak lagi menghadapi karenah rakan-rakan yang menyakitkan hati.

Hari pertama berpindah, Anis bertemu dengan Danny dan jatuh cinta pandang pertama. Kemudian, hari-hari berikutnya Anis akan menunggu Danny setiap petang atau lebih tepat lagi sebelum maghrib untuk berbual-bual dengan Danny. Namun, situasi ini tidak menyenangkan Joe, yang banyak mengetahui kisah yang berlaku di Flat Sri Mutiara. Anis pula menganggap Joe cemburu dengan hubungannya bersama Danny. Dalam masa yang sama, wajah anis yang seiras Zana, bekas kekasih Joe, menyebabkan luka lama berdarah kembali.

Setiap hari, Joe akan memerhatikan Anis dan mula tertanya-tanya siapa Danny yang misteri itu. Dia mula menyiasat dan menyingkap kebenaran agar Anis tahu hakikat sebenar. Namun, mampukah Anis berhadapan dengan hal sebenar? Maria pula terpaksa menahan hati apabila Joe dengan terus terang tidak dapat menerima cintanya. Nampaknya, Erti Cinta bukan cinta tiga segi tapi dah jadi empat segi.. Maria sukakan Joe, Joe mahukan Anis, Anis jatuh cinta pada Danny dan Danny pula rupa-rupanya tunangan orang.. See? Hewwww~~~

Sepanjang tinggal di flat itu, Anis dan Maria mengalami peristiwa-peristiwa pelik termasuk seorang apek selalu bertanya " mana saya punya cinta ". Kenapa apek tu minta cinta dari setiap orang yang ditemui? Itu kenelah baca sendiri. Nak saya ceritakan jugak? Bak 2 ringgit!!!

Bagi saya novel ini lain dari novel-novel seram yang saya selalu baca. Sebabnya, kisah seram yang tidak membuatkan dahi saya berkerut membaca, semata-mata untuk menyelami rasa seram itu. Terima kasihlah pada penulisnya- Camellia kerana membantu saya mengurangkan kedutan di dahi. Seramnya datang sendiri bila saya bayangkan apa yang terjadi sewaktu saya membacanya. Dan yang penting, watak Danny yang amat hensem pada pandangan saya!!! Tak percaya? Cuba baca semasa Joe berjaya berjumpa dengan Danny. Joe sendiri mengakui wajah Danny yang sedap mata memandang tu. Patutlah Anis angau!!

Tiba-tiba saya teringat cerita Tru Calling yang pernah ditayangkan di TV3 dulu. Selalu roh orang mati minta tolong settlekan problem dorang kan? Ghost Whisperer pun best. So, bolehlah saya kata, saya enjoy bersama ERTI CINTA seperti saya enjoy menonton Tru Calling dan Ghost Whisperer...

Cuma saya mengharapkan watak jahat Zack tu diceritakan lebih sikit. Barulah 'chill'!! Lagi satu, saya keliru dengan latar masa. Mungkin saya yang tidak membaca dengan betul. Saya keliru dengan babak yang saya ingatkan berlaku pada masa yang berlainan. Rupa-rupanya pada hari yang sama. Tetapi itu langsung tidak menjejaskan mood saya. Anyway, salute pada Camellia-penulis yang 'tak serupa orang'. Saya cuma perlukan masa 2 hari untuk habiskannya. Wah, kalau macam ni 8 buah buku sebulan pun boleh belasah.. Hahaha..


p/s: Penulis tanya; " Siapa yang berani baca EC? Berani diuji dengan cerita seram dan berani ambil buku ni dan bawa ke kaunter dan dijeling seperti seorang yang ' have a very bad taste' ?

Sila jawab and enjoy reading. Sayang kamu.




Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...